BAHAN-BAHAN
NASI
2 cawan beras basmathi @ beras biasa
1/2 cawan parutan lobak merah @ hiris halus
1 cawan susu cair
2 cawan air
rempah ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih )
bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
butter untuk menumis
serbuk kurma, garam, gula
AYAM TANDOORI
5 ketul ayam ( sebaiknya ayam dipotong 4 bahagian )
sos cili
bawang merah
bawang putih
cili padi ( sekiranya suka pedas )
pes tandoori Maggi - tak guna sebab tak ada
garam. gula
CARA-CARA
NASI
1. Rendam beras selama 30 minit.
2. Tumis bawang merah, bawang putih + rempah
3. masukkan susu cair dan air
4. masukkan rempah kurma + garam, gula ( ikut rasa ) sehingga mendidih, baru masukkan lobak.
5. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuangkan bahan tumisan tadi.
6. Masak nasi seperti biasa
AYAM
1. Rebus ayam hingga empuk.
2. Perap ayam dengan semua bahan.
3. Panggang tanpa minyak @ minyak sedikit atas pan.