Pages

Saturday, 11 August 2012

.:: Lontong Jawa ::.


Bahan-bahan
BAHAN KISAR
-3 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
- sedikit udang kering
- sedikit kunyit hidup
- cili padi @ cili kering ( kalau suka pedas boleh letak lebih )
-cili merah besar untuk hiasan

BAHAN LAIN
-1 paket santan serbuk ( kalau suka pekat, banyakkan )
-1 serai
-2 paket tempe
-7 biji tauhu kering
-2 biji lobak merah
-10 urat kacang panjang
-50g fuchuk
-50g suhun
-5 biji bebola ayam
-gula
-garam

>>>> Bahan2 seperti sayur, tempe, bebola ayam, fuchuk, lobak, dan kacang panjang. Boleh dilebihkan kalau suka banyak.
>>>> Kalau sukakan kuah yang lebih kuning, boleh tambah serbuk kunyit.

CARA2

  1. Rendam fuchuk + suhun supaya lembut
  2. Tumis bahan kisar, dah naik bau baru masuk cili kering. ( kalau guna cili kering )
  3. Dah pecah minyak, masukkan santan, serai. Masukkan bahan perasa ( garam + gula )
  4. masukkan tempe, tauhu, bebola ayam, dan sayur2
  5. Masukkan fuchuk dan suhun
  6. Selalu kacau untuk pastikan tak pecah minyak.
  7. Bila dah masak, taburkan cili merah yang dihiris halus.


No comments:

Post a Comment