Pages

Saturday 11 August 2012

.:: Lontong Jawa ::.


Bahan-bahan
BAHAN KISAR
-3 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
- sedikit udang kering
- sedikit kunyit hidup
- cili padi @ cili kering ( kalau suka pedas boleh letak lebih )
-cili merah besar untuk hiasan

BAHAN LAIN
-1 paket santan serbuk ( kalau suka pekat, banyakkan )
-1 serai
-2 paket tempe
-7 biji tauhu kering
-2 biji lobak merah
-10 urat kacang panjang
-50g fuchuk
-50g suhun
-5 biji bebola ayam
-gula
-garam

>>>> Bahan2 seperti sayur, tempe, bebola ayam, fuchuk, lobak, dan kacang panjang. Boleh dilebihkan kalau suka banyak.
>>>> Kalau sukakan kuah yang lebih kuning, boleh tambah serbuk kunyit.

CARA2

  1. Rendam fuchuk + suhun supaya lembut
  2. Tumis bahan kisar, dah naik bau baru masuk cili kering. ( kalau guna cili kering )
  3. Dah pecah minyak, masukkan santan, serai. Masukkan bahan perasa ( garam + gula )
  4. masukkan tempe, tauhu, bebola ayam, dan sayur2
  5. Masukkan fuchuk dan suhun
  6. Selalu kacau untuk pastikan tak pecah minyak.
  7. Bila dah masak, taburkan cili merah yang dihiris halus.


Wednesday 2 May 2012

.:: Nasi Lobak Merah + Ayam ala-ala Tandoori ::.


BAHAN-BAHAN
NASI
2 cawan beras basmathi @ beras biasa
1/2 cawan parutan lobak merah @ hiris halus
1 cawan susu cair
2 cawan air
rempah ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih )
bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
butter untuk menumis
serbuk kurma, garam, gula

AYAM TANDOORI
5 ketul ayam ( sebaiknya ayam dipotong 4 bahagian )
sos cili
bawang merah
bawang putih
cili padi ( sekiranya suka pedas )
pes tandoori Maggi - tak guna sebab tak ada
garam. gula

CARA-CARA
NASI
1. Rendam beras selama 30 minit.
2. Tumis bawang merah, bawang putih + rempah
3. masukkan susu cair dan air
4. masukkan rempah kurma + garam, gula ( ikut rasa ) sehingga mendidih, baru masukkan lobak.
5. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuangkan bahan tumisan tadi.
6. Masak nasi seperti biasa

AYAM
1. Rebus ayam hingga empuk.
2. Perap ayam dengan semua bahan.
3. Panggang tanpa minyak @ minyak sedikit atas pan.

.:: Nasi AYam Kukus + Ayam Rempah ::.

.:: PuDING TRIFFLE KIWI_ruby137 ::.

BAHAN-BAHAN
Lapisan 1
kek gulung strawberi ( apa2 perisa pilihan sendiri )
Air suam + serbuk koko ( jangan terlalu pahit )

Lapisan 2
20g gelatin HALAL ( guna yang HALAGEL ) @ boleh buna serbuk agar2 dan ikut cara penyediaan agar2.
2 sudu besar serbuk koko 
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu cair 
esen vanila
sedikit mentega

Lapisan 3
kek gulung coklat ( apa2 perisa pilihan sendiri )
Air suam + serbuk koko ( jangan terlalu pahit )

Lapisan 4
2 cawan susu cair @ susu Dutclady rendah lemak( boleh dilebihkan, kalau suka puding kastard yang teksturnya lebih lembut )
4 sudu besar gula
10 g gelatin
2 sudu besar tepung jagung @ tepung kastard 
esen vanila


Lapisan 5
4 biji buah kiwi 
2 cawan air
20g gelatin

CARA-CARA
Lapisan 1
1. Potong kek kepada beberapa bahagian.
2. Susun kek dalam bekas kecil @ loyang.
3. Lembapkan kek dengan air suam koko tadi,

Lapisan 2
1. Susu cair + gula dididihkan
2. Masukkan gelatin + serbuk koko + esen vanila + tepung jagung
3. Masukkan mentega.
4. Tuangkan ke atas lapisan kek strawberi.
5. Sejukkan dalam peti ais.

Lapisan 3
1. Potong kek kepada beberapa bahagian.
2. Susun kek ke atas lapisan tadi.
3. Lembapkan kek dengan air suam koko tadi.

Lapisan 4
1. Didihkan susu cair + gula
2. Masukkan gelatin, larutkan. Masukkn tepung jagung + esen vanila.
3. Kacau sebati hingga pekat.
4. Tuangkan ke atas lapisan kek coklat.
5. Sejukkan terlebih dahulu.



Lapisan 5
1. Potong buah kiwi, untuk hiasan dan jus.
2. kisar jus kiwi.
3. Didihkan jus kiwi + gula + gelatin + esen vanila ( boleh tambah pewarna hijau )
4. Tuangkan puding kiwi ke atas lapisan kastard tadi. Pastikan lapisan kastard telah sejuk dan sebaik-baiknya mengeras terlebih dahulu.
5. Sejukkan puding.

Puding dalam loyang


Puding yang telah dipotong
Potongan triffle yang cantik

.:: KEK KeJU OREO TaNPA BAKaR ::.


BAHAN-BAHAN
2 paket biskut OREO ( boleh guna biskut coklat, pilihan )
½ cawan mentega
350g cream cheese ( boleh tambah kalau nak lagi tebal cheese )
½ cawan gula kastor
½ cawan susu pekat
10 g gelatin HALAL ( guna yang HALAGEL- ½ paket )
Air
Sedikit esen vanilla

---BAHAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN--- ( tapi saya tak guna, sebab tiada)
1.      Jus lemon
2.      Whipping cream


CARA-CARA
BAHAGIAN DASAR KEK ( BASE )
1. Hancurkan biskut
2. Cairkan mentega dan gaulkan sampai biskut boleh dikepal. ( boleh tambah @ kurangkan mentega ikut kesesuaian )
3. Mampatkan campuran biskut ke dasar loyang.
4. Letakkan dalam peti ais selama 20-30 minit.

BAHAGIAN KEK
1. Pastikan krim keju lembut pada suhu bilik.
2. Cairkan gelatin dengan air yang mendidih ( sedikit sahaja air )
3. Masukkan gula + susu pekat + esen vanila
4. Gaul rata semua bahan.
5. Tuangkan adunan keju ke atas dasar yang telah keras tadi. 
6. Hias mengikut citarasa dan kreativiti individu.
7. Masukkan adunan ke dalam peti selama satu jam @ sehingga kek mengeras.





.:: KEK OREN KuKUS ruby137 ::

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung
200g butter @ 1 cawan minyak jagung ( agak2 je )
1 cawan gula ( guna tak sampai 1 cawan sbb tak suka manis )
3 biji telur
1 ½ sudu the esen vanilla
1 biji oren
2 sudu susu cair @ susu segar @ susu lowfat dutclady
Sedikit jus oren ( agak2 )
½ sudu the baking powder
½ sudu the soda bikarnonat
Optional
1.      Perisa oren
2.      Pewarna oren

TOPPING
100 g creamcheese
2. susu cair, ikut tahap cair yang disukai
  Perisa oren
2.      Pewarna oren


CARA-CARA
1.      Blend oren, (buang bahagian putih ) + susu cair
2.      Tepung + soda + baking powder

3.      Butter + gula = kembang + telur ( sebiji demi sebiji ) + esen vanilla + perisa, pewarna

4.      Masukkan campuran tepung ke dalam bancuhan butter , selang seli dengan jus oren kisar.
5.      Lanser Loyang dengan minyak @ butter, kukus dalam masa 40-45 minit. Bergantung kepada jenis pengukus.
6. Hias mengikut kreativiti masing-masing.  (saya cume guna creamcheese oren + coklat cip + coklat parut )

----- LAPISAN------
DDisebabkan tiada pengukus, tiada pemotong kek yang sesuai. Kek dimasak dua kali, iaitu dua lapis. Kemudian, baru dilepa dengan keju perisa oren,dan letakkan lapisan kedua. 

kek yang telah dilapis



--