Pages

Wednesday 2 May 2012

.:: KEK KeJU OREO TaNPA BAKaR ::.


BAHAN-BAHAN
2 paket biskut OREO ( boleh guna biskut coklat, pilihan )
½ cawan mentega
350g cream cheese ( boleh tambah kalau nak lagi tebal cheese )
½ cawan gula kastor
½ cawan susu pekat
10 g gelatin HALAL ( guna yang HALAGEL- ½ paket )
Air
Sedikit esen vanilla

---BAHAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN--- ( tapi saya tak guna, sebab tiada)
1.      Jus lemon
2.      Whipping cream


CARA-CARA
BAHAGIAN DASAR KEK ( BASE )
1. Hancurkan biskut
2. Cairkan mentega dan gaulkan sampai biskut boleh dikepal. ( boleh tambah @ kurangkan mentega ikut kesesuaian )
3. Mampatkan campuran biskut ke dasar loyang.
4. Letakkan dalam peti ais selama 20-30 minit.

BAHAGIAN KEK
1. Pastikan krim keju lembut pada suhu bilik.
2. Cairkan gelatin dengan air yang mendidih ( sedikit sahaja air )
3. Masukkan gula + susu pekat + esen vanila
4. Gaul rata semua bahan.
5. Tuangkan adunan keju ke atas dasar yang telah keras tadi. 
6. Hias mengikut citarasa dan kreativiti individu.
7. Masukkan adunan ke dalam peti selama satu jam @ sehingga kek mengeras.





No comments:

Post a Comment